SEREMBAN: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan minyak diesel tanpa lesen. Bagaimanapun, ketiga-tiga Orang Kena Saman (OKS) terbabit iaitu E. Parthiban, 33, R. Letchuman, 31 dan U. Kesavan 32, membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Mohamad Kamil Nizam. Berdasarkan kertas pertuduhan, Parthiban dan Letchuman didapati memiliki barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu minyak…