KUALA LUMPUR: Bermula tahun ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan program penanaman bawang menerusi dua fasa, iaitu prakomersial dan komersial. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, strategi tersebut merupakan langkah kementeriannya bagi mengurangkan kebergantungan kepada bawang. Katanya, fasa prakomersial bertujuan melihat potensi penanaman bawang kecil melibatkan tempoh pelaksanaan selama dua tahun bermula 2024 hingga 2025. “Sebanyak 70 tan metrik benih bawang dan 230 kilogram…










