PETALING JAYA: Daerah Pokok Sena, Kedah dijangka mengalami gelombang haba tahap dua apabila suhu maksimum harian diramalkan mencapai 40 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, suhu maksimum harian di daerah tersebut diramalkan mencapai 37 hingga 40 darjah Celsius. Menurutnya, 14 kawasan di Semenanjung pula akan mengalami suhu pada Tahap 1 iaitu Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar,…










