Sorok 150,000 pil yaba dalam kotak bersama sayur, buah

Sorok 150,000 pil yaba dalam kotak bersama sayur, buah

MUHAMAD Zaki Harun (dua kiri) menunjukan pil yaba yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik tiga menyorokkan 150,000 biji pil yaba di dalam kotak bersama buah-buahan dan sayur-sayuran gagal mengaburi mata anggota polis selepas tiga lelaki ditahan dalam serbuan di Batu 4 Jalan Pasir Mas-Salor disini pada Ahad lalu.

Serbuan di pekarangan bangunan pemborongan sayur pada pukul 12.30 tengah malam itu turut membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM14,380.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang merupakan penganggur itu masing-masing berusia 21 hingga 23 tahun dan positif dadah jenis benzo.

Menurutnya, dua daripada tiga suspek yang ditahan itu mempunyai satu rekod jenayah berkait Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Semasa serbuan dilakukan, kita berjaya menahan suspek pertama berusia 23 tahun yang mengeluarkan dua kotak berwarna oren dari tempat duduk penumpang sebuah lori jenis Isuzu dan kemudian diletakkan di atas troli.

“Pada masa sama, anggota bertugas kemudian menahan dua lagi suspek yang sedang berdiri bersebelahan lori tersebut,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan ke atas kotak itu membawa kepada penemuan 150,000 biji pil yaba yang dianggarkan berjumlah RM995,500.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut tidak membawa kepada penemuan barang-barang salah yang menyalahi undang-undang.

“Kesemua suspek direman semalam seminggu bermula 11 Februari untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, terdahulu pada 8 Februari lalu pihaknya berjaya menahan lapan individu dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Batu Mengekang, Kuala Krai.

Katanya, penahanan suspek berusia 21 hingga 40 tahun itu membawa kepada rampasan air dan daun ketum berjumlah RM2,690.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×