Sebanyak 54 kawasan di Segamat terjejas, paip pecah - Utusan Malaysia

Sebanyak 54 kawasan di Segamat terjejas, paip pecah

KAWASAN yang terjejas bekalan air di Segamat akibat kejadian paip pecah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sebanyak 54 kawasan di sekitar bandar ini terjejas bekalan air akibat paip pecah di Jalan Buloh Kasap sejak semalam.

Ranhill SAJ Sdn Bhd., memaklumkan, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

“Ranhill SAJ akan menggerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki ke kawasan terjejas mengikut keperluan. Segala kesulitan amat dikesali dan kesabaran anda amat dihargai,” demikian menurut Ranhill SAJ dalam satu kenyataan, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan yang terjejas adalah Bangunan Arked Mara, Kedai Majlis Jalan Muar Segamat, Klinik Kesihatan Jalan Muar, Pejabat Ranjer Hutan Segamat, Kuarters PDRM, Petronas Gemereh, Walters Farm, Masjid Gemereh, Kuarters Guru SMK Gemereh dan UiTM Segamat.

Turut terjejas Batu Anam Estate, Madrasah Ibnu Masud, Felcra Tebing Tinggi, Kampung Gemereh, Kampung Gudang Garam, Kampung Tanjong Sengkawang, Kampung Paya Dalam, Taman Temenggong, Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu Badak, Kampung Tasek Alai, Kampung Durian Daun dan Kampung Sanglang.

Selain itu, Kampung Bukit Tangkong, Kampung Bukit Pupuk, Kampung Batu 7, Kampung Paya Lebar, Kilang Eco Shop, Balai Polis Jementah, Kampung Bukit Tunggal, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Lubok Batu, Kampung Semak Rantau, Kampung Pulau Jering, Kampung Batu 10, Batu 11, Lubok Bandan, Kampung Sungai Siput dan Kubu Dedap.

Penduduk di Kampung Bukit Kledang, Kampung GSA Gemeh Jementah, Permatang Panjang, Taman Bendehara, Taman Laksamana, Taman Segamat Indah, Taman Gemereh, Bunga Raya, Gemereh Indah, Taman Harmoni dan Jalan Alai turut terkesan.

Pengguna di kawasan terjejas disarankan untuk terus mendapatkan maklumat rasmi berkaitan gangguan bekalan air menerusi talian mesra 1800887474, e-mel: [email protected] atau sms: AT<>RanhillSAJ<>Aduan dan hantar ke 63001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini