SEREMBAN: Seorang pengusaha stesen minyak dan dua pembeli minyak diesel masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini atas pertuduhan membenarkan penjualan diesel dan pembelian secara borong tanpa lesen tahun lalu. Orang Kena Saman (OKS), Halil Sharizam Ahmad Shairuzi, 52, dan pembeli minyak diesel, Y. Mathuraiviran, 47, dan G. Gengaderan 52 masing-masing bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazni Nawi. Halil Sharizam yang…