KOTA BHARU: Seorang pemilik sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan memalsukan dokumen bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM28,000, empat tahun lalu. Muhammad Hilmi Zolkifli, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali. Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu kepada Pegawai Perkeso Melaka secara dalam…










