Pemandu van halang ambulans miliki tujuh saman - Utusan Malaysia

Pemandu van halang ambulans miliki tujuh saman

TANGKAP layar pemandu van tidak mengendahkan dan tidak memberi laluan kepada ambulans dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu van yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans di Kilometer 14, Lebuhraya Pasir Gudang, di sini mempunyai tujuh saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat dalam media sosial yang memaparkan pemandu van jenis Toyota Hiace menghalang laluan ambulans, semalam.

“Menerusi rakaman tersebut, kejadian itu berlaku pada pukul 10.17 pagi menunjukkan pemandu van itu tidak mengendahkan untuk memberikan laluan kepada ambulans yang telah membunyikan siren dan lampu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menyebabkan pemandu ambulans tersebut terpaksa memotong melalui lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohd. Sohaimi berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu kenderaan berusia 38 tahun itu dan telah mengeluarkan saman RM300 terhadap lelaki tersebut.

Lelaki itu turut disiasat di bawah Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu vokasional (GDL). 

“Semakan rekod pemandu tersebut mendapati dia mempunyai tujuh saman kesalahan trafik namun tiada rekod kesalahan jenayah lampau. 

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×