Pemandu e-hailing cabul wanita didenda RM3,500 - Utusan Malaysia

Pemandu e-hailing cabul wanita didenda RM3,500

eorang pemandu perkhidmatan e-hailing mencabul penumpang wanita tahun lalu, membawa padah apabila didenda RM 3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki yang juga pemandu e-hailing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul seorang penumpang wanita, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahmi Iman Muhazam, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nabilah Nizam sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 22 tahun dengan cara menarik paha sehingga menyentuh payudara mangsa dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10.21 pagi ketika berada di atas jalan di hadapan balai bomba lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Taman Cheng Perdana dalam Melaka Tengah pada 5 Februari 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang masih bujang diwakili peguam Mohd. Hasryzal Badasary merayu hukuman ringan dengan alasan kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukan anak guamnya selain telah insaf.

Mahkamah kemudian mengenakan denda RM 3,500 atau penjara enam bulan jika gagal bayar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN