KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Kolej Universiti Lincoln (Lincoln) melaksanakan pelan transformasi pendidikannya dengan memperkasakan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pelan tersebut bagi membolehkan mahasiswanya mempersiapkan diri dengan kemahiran dan kepakaran dalam bidang pekerjaan mereka. Menurut Canselornya, Profesor Dr. Norman Madsen, Lincoln melaksanakan agenda tersebut bagi memastikan graduan yang lahir daripada institusi itu memenuhi ketetapan syarikat atau bakal majikan mereka. “Lincoln memberi fokus kepada pemerkasaan TVET selaras…










