Lima lelaki disambung reman 4 hari kes pukul, tangan berikat - Utusan Malaysia

Lima lelaki disambung reman 4 hari kes pukul, tangan berikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima lelaki yang sebelum ini ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga mati dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, dekat sini, 20 Februari lalu disambung reman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Kajang. Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kelima-lima suspek berusia 22 hingga 52 tahun itu dilanjutkan perintah reman sehingga 29 Februari ini bagi membantu siasatan.

“Mereka disambung reman selama empat hari sehingga 29 Februari ini.” katanya ringkas hari ini.

Mohd Zaid, semalam dilaporkan berkata, selain lima tangkapan pertama, polis turut menahan dua lagi lelaki berusia 22 dan 39 tahun di Kajang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, susulan itu, seramai lima individu antara 22 hingga 52 tahun pada pukul 2.05 pagi di sekitar kawasan Semenyih serta Beranang yang disyaki ada kaitan.

“Kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Februari untuk membantu siasatan.

“Mangsa dikatakan melarikan diri dari tempat kemalangan pertama dan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sehingga kenderaannya terbabas,” katanya.

Mohd Zaid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, manakala polis trafik turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh, melalui talian 013-7854100 bagi membantu siasatan.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang, Inspektor Ammar Tahir (018-2194013).

Selasa lalu, tular satu rakaman video tular berhubung insiden itu dengan mangsa didakwa melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×