JOHOR BAHRU: Dianggarkan 40 peratus penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) culas dalam membuat pembayaran cukai harta mereka, tahun lalu. Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, perkara tersebut menyebabkan pihaknya mengalami kekurangan peruntukan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur termasuk kerosakan jalan raya. Menurutnya, ada dalam kalangan pemilik kediaman tidak membuat bayaran cukai harta mereka selama bertahun-tahun. “Walaupun kita telah menaikkan kadar bayaran cukai bermula…










