ISKANDAR PUTERI: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang kini turut diberi portfolio tambahan, iaitu Komunikasi dalam rombakan Exco yang diumumkan hari ini bertekad memberikan komitmen 100 peratus walaupun mengakui bidang itu baharu baginya. “Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan kepada saya untuk terus menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, serta satu lagi tambahan, iaitu Komunikasi. “Insya-Allah saya…