PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memfokuskan transformasi digital dan reformasi pembiayaan kesihatan sebagai dua pembaharuan untuk dilaksanakan tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua perkara itu menjadi satu keperluan untuk dilaksanakan sejajar reformasi sistem kesihatan negara seperti digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan. Beliau menjelaskan, 2024 menjadi tahun pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dengan mewujudkan pasukan teknikal mengikut bidang tertentu. “Kita bergerak ke arah bentuk tindakan dan pelaksanaan transformasi…










