TANGKAK: Seorang pemuda berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbakar berhampiran tol Bukit Gambir menghala Tangkak awal pagi ini. Mangsa, Chong Choon Hoong, 23, memandu sendirian ketika kejadian dalam perjalanan ke arah Utara selepas tol masuk Bukit Gambir, Tangkak. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Mohd. Farizan Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.49 pagi mengenai kejadian. “Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, terdapat kebakaran…










