Kerajaan Kelantan didesak tangguh kenaikan tarif air

Kerajaan Kelantan didesak tangguh kenaikan tarif air

AHMAD Jazlan Yaakob (tengah) menunjukan kemahiran sebagai tekong semasa melakukan gimik Kejohanan Liga Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Sekretariat Kerajaan Perpaduan Madani Kelantan mendesak Kerajaan Kelantan sudah menagguhkan kenaikan tarif air domestik sebanyak 23 sen yang bermula semalam.

Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, kenaikan itu tidak wajar dilaksanakan memadangkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat masih belum sempurna sepenuhnya.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat apabila rakyat terus merungut dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

“Pada hemat saya, mereka (kerajaan negeri) wajar memberikan tumpuan kepada usaha menaik taraf saliran-saliran dan menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat.

“Rakyat Kelantan yang di luar dari negeri ini tak apa….mereka sudah mendapat kemudahan baik dan balik setahun sekali,” selepas merasmikan Kejohanan Liga Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di sini hari ini.

Pengerusi UMNO negeri itu memberitahu, adalah tidak adil untuk rakyat membayar bil pada tarif baharu.

Katanya, hal ini kerana Kerajaan Negeri gagal menyediakan kemudahan terbaik pada rakyat.

“Kenaikan itu boleh dilakukan sekiranya perkhidmatan yang diberikan berada pada tahap terbaik sekali gus memberikan kepuasan untuk rakyat,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, pengguna domestik di Kelantan dijangka menerima tarif baharu air dengan kenaikan 23 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Jurucakap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata, bagi bacaan meter individu sebelum 0 hingga 20 meter padu sebanyak 45 sen naik kepada 68 sen.

Bagi penggunaan melebihi 20 hingga 35 meter padu ialah 97 sen dan selepas 1 Februari pula RM1.26.

Untuk pengguna bukan domestik, tarif dikenakan bagi 0 hingga 35 meter padu ialah RM1.95 dan naik kepada RM2.03.

“Penggunaan melebihi 35 meter padu dinaikkan menjadi RM2.28 daripada RM2.20 sebelum ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×