SEREMBAN: Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan (PPNNS) sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Tenaga Nasional Bhd. (TNB) supaya kira-kira 500 orang ketua isi rumah (KIR) yang sebelum ini dikategorikan sebagai miskin tegar kekal mendapat pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan. Pengarah PPNNS, Roslan Mat Nong berkata, kesemua KIR tersebut sebahagian daripada mereka yang telah disifarkan sebagai miskin tegar sehingga penghujung tahun lalu di negeri ini. Beliau memberitahu, pihaknya tidak mahu…










