PETALING JAYA: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mahu Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 memberi tumpuan kepada pemerkasaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta menubuhkan semula Bank Bumiputera. Presidennya, Norsyahrin Hamidon berkata, Mara dihasilkan menerusi KEB pertama pada 1965 dan selaras dengan Fasal 153 berhubung keistimewaan orang Melayu. “Selain itu, kita mahu Bank Digital Bumiputera ditubuhkan. Sudah sampai masanya ditubuhkan bank khas untuk orang Melayu. “Kalau tahun 1965, KEB pertama mengusulkan penubuhan…