Kanak-kanak dua tahun antara 32 PATI ditahan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dua tahun antara 32 PATI ditahan

SERAMAI 32 PATI ditahan pihak imigresen dalam operasi yang dijalankan di sekitar Johor Bahru dan Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen negeri ini dalam Op Sapu dan Op Selera yang dijalankan di sekitar daerah ini dan Kulai.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir berkata, operasi di beberapa premis bermula pukul 3 petang hingga 11.30 malam kelmarin itu susulan aduan awam diterima pihaknya berkaitan kehadiran PATI di kawasan berkenaan.

“Dalam operasi itu, seramai 79 warga asing diperiksa dengan 32 daripada mereka telah ditahan. Kesemua yang ditahan melibatkan 12 lelaki dan tiga wanita Myanmar, enam lelaki Pakistan, lima lelaki India, seorang lelaki Vietnam, seorang wanita Filipina, seorang lelaki dan dua wanita serta seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang berusia antara dua hingga 52 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c) dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Selain itu, sembilan individu telah diberi notis hadir bagi membantu siasatan, manakala seorang lelaki warga India yang ditahan dalam operasi itu turut disiasat di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana dipercayai melakukan kesalahan melindungi PATI.

“Kita akan terus melaksanakan operasi seperti ini bagi membanteras kebanjiran PATI yang dilihat semakin bertambah di sesuatu kawasan tertentu.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dan pihak-pihak yang didapati menggajikan pekerja asing tanpa permit sah akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×