Kami akan jaga anak Bella - Noraini - Utusan Malaysia

Kami akan jaga anak Bella – Noraini

AHLI keluarga arwah Bella mengikuti perkembangan perbicaraan kes pembunuhannya di Mahkamah Majistret Batu Pahat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua orang anak arwah Mila Sharmilah Samsusah atau Bella yang berusia empat dan dua tahun akan dijaga oleh nenek mereka.

Ibu Bella, Noraini Salleh, 55, berkata, dia akan menjaga dua cucunya itu,  Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, sehingga akhir hayatnya.

Katanya, kakak Bella, Norhisham akan turut membantunya dalam setiap urusan berkaitan dua orang cucunya itu sehingga mereka membesar.

“Itulah satu-satunya harta paling berharga bagi kami selepas ketiadaan Bella, walaupun setiap kali memandang wajah mereka akan mengingatkan kami kepada arwah. 

“Kami akan bergilir-gilir menjaga mereka berdua selagi ada kudrat dan nyawa dan memastikan mereka menjadi insan berguna suatu masa nanti,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Batu Pahat yang datang bersama anaknya, Norhisham untuk mengikuti perkembangan perbicaraan kes pembunuhan anaknya itu, hari ini.

Dalam pada itu, Norhisham memberitahu, Eusof sering bertanyakan tentang ibunya namun terpaksa diberikan  alasan bekerja.

“Sampai bila kami dapat menipu Eusof, lama kelamaan pasti dia akan tahu dan berasa sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×