Kadar elaun ‘on call’ doktor diumum tidak lama lagi  - Dzulkefly - Utusan Malaysia

Kadar elaun ‘on call’ doktor diumum tidak lama lagi  – Dzulkefly

Dr. Dzulkefly Ahmad pada Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living dan Wellness, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan  isu elaun tugas  on call untuk doktor perubatan yang kali terakhir disemak pada tahun 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM bakal membuat pengumuman berkenaan isu tersebut dalam masa terdekat. 

“Kami telah berbincang mengenai isu tersebut dan saya sudah lihat penyelesaiannya. 

“Pengumuman bakal dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan sedikit masa lagi,” kata beliau pada sidang akhbar Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan KKM mengumumkan akan mengekalkan elaun semasa tugas atas panggilan untuk doktor kerana ia dianggap mencukupi berikutan elaun sedia ada yang disediakan.

Ini termasuk RM750 sebulan untuk insentif perkhidmatan kritikal; bayaran insentif pakar (RM2,200 hingga RM3,100 sebulan, bergantung kepada gred) dan elaun pegawai perubatan yang bertugas selepas waktu pejabat di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital (RM80 sejam). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN