Isu Ratu Naga: Tiada pindahan wang  ke akaun  pegawai di JPM - Utusan Malaysia

Isu Ratu Naga: Tiada pindahan wang  ke akaun  pegawai di JPM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada pemindahan wang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mana-mana pegawai tertentu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dapatan itu diperoleh SPRM berdasarkan siasatan awal terhadap aktivis politik, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga yang didakwa menerima ganjaran untuk membantu NGO itu mendapat geran kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat tohmahan kononnya pihak JPM mendapat wang kembali selepas memberikannya kepada sebuah NGO.

 “Dana itu memang diberikan oleh kerajaan hasil permohonan NGO itu dan masuk pada akaun bank NGO berkenaan kembali.

“Siasatan telah dijalankan, berdasarkan laporan pegawai penyiasat, tiada indikator yang membuktikan kepada wang diberikan kepada pihak tertentu di JPM,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali ke-10 di WTC, di sini, hari ini.

Menurut  Azam, Ratu Naga termasuk beberapa saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan itu.

“Saya nak betulkan kenyataan beberapa pihak di mana beliau tidak ditangkap. Kita memanggil semua termasuk Ratu Naga untuk rakam percakapan.  

“Siasatan dijalankan dengan saksi-saksi lain terlibat termasuk pertubuhan bukan kerajaan NGO berkaitan,” katanya.

Pada 16 Februari lalu, SPRM menafikan Ratu Naga ditahan sebaliknya memberitahu wanita itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan.

Aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan wanita itu menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah NGO.

Dalam pada itu, suami kepada Ratu Naga,  Ezad Zainal dilaporkan berkata, lima pegawai badan antirasuah itu tiba di rumah mereka di Jalan Klang Lama  pukul 9.30 pagi dan menggeledah kediaman mereka kira-kira 20 minit.

Katanya, SPRM turut merampas telefon bimbit dan laptop serta membawa Syarul Ema ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN