JERANTUT: Seorang ibu tunggal, Sarina Abd Ghani, 46, berdepan ujian getir selepas rumahnya terbakar pada 29 Januari lalu, sekali gus menyebabkan dia dan keluarganya kehilangan tempat tinggal di Kampung Pagi, Ulu Tembeling dekat sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sarina berkata, dia dan keluarganya hilang arah selepas rumah mereka musnah dalam kejadian itu dan kini menumpang sementara di di rumah ibunya yang terletak berhampiran dengan rumah lama. “Rumah yang dibina dengan…