BATU PAHAT: Pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan perlu diterima secara waras dan dihormati semua pihak termasuk ahli politik. Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata keputusan itu merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dan pengampunan berkenaan tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan. “Mana-mana pihak tidak kira ahli politik, pimpinan, atau rakyat biasa,…










