Guru besar direman siasat kes tuntutan palsu bernilai RM1.3 juta

Guru besar direman siasat kes tuntutan palsu bernilai RM1.3 juta

GURU besar (kanan) bersama pengurus dan penyelia syarikat dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang guru besar direman enam hari berhubung kes tuntutan palsu pembekalanan makan minum dan kontrak pembersihan sekolah bernilai lebih RM1.3 juta.

Dua lagi yang disyaki berkomplot iaitu pengurus dan penyelia syarikat pula direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2019.

Perintah reman bermula semalam itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd. Roslan, selepas menerima permohonan SPRM di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang guru besar antara yang ditahan setelah disyaki mengemukakan tuntutan palsu pembekalan makan minum murid di asrama sebuah sekolah rendah.

Wanita berusia 46 tahun dan dua lagi suspek berusia 34 tahun itu dikatakan membuat tuntutan RM1.3 juta ke atas 100 murid sedangkan jumlah sebenar hanyalah 35 orang.

Mereka dipercayai melakukan kesalahan itu sejak 2022 sehingga tahun lalu.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 11 pagi, semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Terengganu.

Selain itu, SPRM turut menyiasat tuntutan palsu daripada kesemua suspek membabitkan kontrak pembersihan bernilai RM35,000 di sekolah yang sama.

Suspek diwakili peguam daripada Tetuan Rahmat, Wan & Rahmat serta peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN