Gunalah perpustakaan bukan  ‘library’ - Netizen - Utusan Malaysia

Gunalah perpustakaan bukan  ‘library’ – Netizen

Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Hulu Langat di Bandar Baru Bangi sedang mencetuskan perdebatan penggunaan `Library'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor  mencetuskan perdebatan apabila menggunakan papan tanda bahasa Inggeris  ‘Library’.

Penggunaan bahasa selain bahasa Malaysia menjadi pertikaian orang awam kerana pusat bacaan itu sepatutnya memartabatkan bahasa kebangsaan.

 Khairul Hakimin Muhammad menerusi komen di Facebook menulis,  perkara itu tidak sepatutnya ketika kerajaan sedang mengajak rakyat memartabatkan bahasa Malaysia.

“Sedang kita berusaha mahu memandaikan semua orang menggunakan bahasa Melayu sebaik-baiknya, ini pula yang jadi,” katanya. 

Pengguna Facebook lain, Farahain Kalis berkata, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu bertanggungjawab kerana perkara ini melibatkan martabat negara.

“MPKj kena bertanggungjawab, isu ini bukan perkara kecil sebab ia melibatkan martabat negara, walhal kita berada di Malaysia bukan negara barat,” ujarnya. 

Selain itu, Shikin Hanipah berkata, negara ini ibarat sudah hilang identiti kerana banyak perkara dipandang remeh termasuk penggunaan bahasa Malaysia di tempat awam. 

“Sedihnya Malaysia semakin bercelaru identiti, ini baru bahasa belum hak yang lain, bila bersuara mula bangsa lain kecam,” katanya. 

Dalam pada itu, rata-rata warganet kecewa dengan  penggunaan perkataan  library dengan menyifatkan tindakan itu sedang menjatuhkan martabat bahasa kebangsaan.

Mereka kemudian  menggesa  MPKj segera melakukan sesuatu untuk membetulkan segera kelemahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×