KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-15 yang bermula hari ini bakal menumpukan kepada isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ekoran peletakan jawatan beberapa pegawai kanan dalam entiti itu baru-baru ini. Datuk Khlir Mohd. Nor [PN-Ketereh] dijadualkan bertanya kepada Menteri Pertahanan berhubung tindakan yang diambil kementerian pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pukul 10 pagi ini. Selain itu, Rodziah Ismail [PH-Ampang] meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan…










