PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat terhadap tiga kenderaan di Taman Selaseh, Batu Caves pada 25 Januari lalu. Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, kedua-dua individu berusia 23 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur kelmarin hasil risikan dijalankan. “Dalam serbuan berkenaan, polis merampas dua telefon pintar komputer riba, sebungkus plastik lut sinar, empat keping nota ugutan, dua tin cat merah, empat…