DUNGUN: Banjir besar yang berlaku di daerah ini pada minggu lalu menyebabkan lapan sekolah mengalami kerosakan yang dianggarkan hampir RM1 juta. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, kerosakan itu melibatkan infrastruktur sekolah dan aset termasuk perabot dan buku pelajar. “Kita telah kenal pasti lapan sekolah di daerah ini yang mengalami kerosakan dengan paling teruk terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja dan SK Kampung Shukor…










