KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menulis sendiri titah diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada Isnin depan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Sultan Ibrahim menerusi titah itu akan menzahirkan visi dan misi sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka selepas menaiki takhta Yang di-Pertua Agong ke-17 pada 31 Januari lalu. Beliau mengingatkan kepada semua 222 ahli Parlimen untuk menghayati titah…










