KUALA TERENGGANU: Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Chang Fat Full percaya terdapat dalang yang ingin melihat pucuk pemimpin parti itu berpecah belah sehingga wujud dua kem. Beliau berkata, dalang tersebut dipercayai orang dalam sendiri yang turut bekerjasama dengan parti lawan yang berusaha untuk melemahkan kekuatan Bersatu yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat. Menurutnya, tindakan dalang tersebut juga dipercayai telah menggagalkan usaha Bersatu dan Pas untuk menumbangkan kerajaan…










