REMBAU: Sebanyak 52 buah negara yang menyertai sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda dari 16 Februari sehingga semalam, senada dengan Malaysia untu mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua negara itu telah diberi peluang oleh ICJ untuk menyatakan pandangan mengenai isu tersebut dan perbuatan Israel mesti diambil tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Kali ini rasanya Israel tidak mempunyai banyak pilihan dan kita telah bersama-sama membentangkan hala tuju dan gencatan senjata yang kekal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya