PETALING JAYA: UMNO ketandusan pemimpin muda yang mampu membawa pengaruh dan sokongan rakyat terutama dalam kalangan generasi baharu selepas kehilangan dua pemimpin terdahulu. Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming berkata, walaupun UMNO cuba untuk mengembalikan reputasi dan menjadi berpengaruh menerusi pemimpin muda yang lain, usaha parti tersebut gagal. Malah, katanya, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dilihat gagal untuk menjadikan parti itu berpengaruh dalam kalangan orang muda…










