Thaipusam: 1 juta bakal banjiri P. Pinang - Utusan Malaysia

Thaipusam: 1 juta bakal banjiri P. Pinang

Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga dijangka jadi tumpuan sempena Thaipusam Khamis ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai 1 juta penganut agama Hindu dijangka membanjiri Pulau Pinang Khamis ini bagi menyambut perayaan Thaipusam.

Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang, RSN Rayer berkata, pihaknya ingin menasihatkan penganut-penganut agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Co­vid-29 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang Thaipusam berlangsung.

‘’Jika boleh saya ingin menyeru kepada penganut agar memakai pelitup muka dan elakkan berada di lokasi yang sesak.

‘’Kepada penganut yang berada dalam kategori risiko tinggi seperti warga emas, atau mereka yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan, mereka dinasihatkan agar melakukan upacara sembahyang dengan lebih awal dan tidak menunggu sehingga hari Khamis (25 Januari),” katanya selepas melawat Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga, di sini semalam.

Perayaan Thaipusam akan disambut 25 Januari ini oleh penganut Hindu.
Bagi Pulau Pinang perayaan akan bermula pada hari Rabu depan (24 Januari) dan berakhir Jumaat (26 Januari) dengan perarakan pedati pulang ke kuil.

Menurut Rayer, semasa perayaan Thaipusam berlangsung pihaknya turut menasihatkan penganut agar tidak mengambil minuman beralkohol dan mengelak daripada bermain bunga api.

‘’Penganut juga dinasihatkan agar memainkan muzik yang berunsur keagaman dan mengelak daripada memasang muzik yang tidak berkaitan dengan perayaan Thaipusam.

“Selain itu, penganut juga di­sarankan agar menggunakan pe­ngangkutan awam kerana ada pe­ngangkutan awam seperti bas dan feri disediakan percuma,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, jumlah 1 juta orang yang dijangka hadir sepanjang perayaan Thaipusam juga termasuk dengan penganut-penganut yang datang dari luar negara serta pelancong-pelancong asing yang berminat untuk melihat sendiri sambutan tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×