Syarikat lawatan umrah, pengarah didakwa gagal patuhi award TTPM - Utusan Malaysia

Syarikat lawatan umrah, pengarah didakwa gagal patuhi award TTPM

MOHD. Firdaus Ahmad hadir ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan tidak mematuhi perintah award TTPM kepada dua pihak yang menuntut.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah syarikat pelancongan serta lawatan umrah dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada dua pihak yang menuntut wang berjumlah RM41,920.

Syarikat Persada Oasis Travel & Tours Sdn. Bhd. yang diwakili pengarahnya, Mohd. Firdaus Ahmad, 38, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nor Hafiza Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat itu dan pengarahnya didakwa gagal mematuhi perintah award TTPM yang dibuat di pejabat tribunal itu yang memerintahkan syarikat berkenaan membayar masing-masing RM27,880 dan RM14,040 kepada dua wanita berusia 50-an yang menuntut wang itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan pada 27 Jun 2023.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TTPM di sini pada 26 Julai 2023.

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Khairul Azman Rosli manakala Mohd Firdaus tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 22 Februari ini untuk sebutan semula kes dan hukuman.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya