Suami isteri jana pendapatan dengan madu kelulut selepas bersara

Suami isteri jana pendapatan dengan madu kelulut selepas bersara

TELUK INTAN 18 JANUARI 2024: Pasangan pesara, Mohd. Nasaruddin Ahmad Sidek, 65, dan isterinya, Ni Shafian Abdul Moin memeriksa sarang madu kelulut yang diusahakan mereka di Kampung Selabak, Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Bermula untuk kegunaan sendiri, tanpa disangka lebah kelulut yang diternak secara kecil-kecilan mendatangkan pulangan luar jangkaan buat sepasang suami isteri yang sudah bersara.

Bekas pegawai teknik di sebuah syarikat telekomunikasi , Mohd. Nasaruddin Ahmad Sidek, 65, dan isterinya, Ni Shafian Abdul Moin, 64, pesara guru akhirnya membuat keputusan menjadikan ternakan kelulut sebagai pendapatan sampingan selepas bersara.

Kawasan belakang rumah mereka yang sebelum ini ditanam kelapa sawit sebelum ditukar dengan buahan-buahan kini menjadi kawasan ternakan kelulut.

Di kawasan kebun itu, pasangan tersebut membuat kotak sarang untuk kelulut mengeluarkan madu.

“Pada mulanya kami membeli sarang lebah kelulut daripada seorang rakan, hanya 10 sarang untuk peringkat awal dan kemudian ditambah dengan 10 lagi sarang.

“Ketika itu kelulut yang kami ternak hanya untuk kegunaan sendiri dan sebagai hiasan keliling rumah.

“Saya tidak sangka 10 sarang yang kami usahakan mendapat hasil yang memuaskan dan ini memberikan kami semangat untuk menambah jumlah sarang dan kini ada 34 sarang yang mampu mengeluarkan hasil sehingga 18 kilogram madu kelulut.

“Permintaan madu kelulut hitam semakin meningkat kerana khasiatnya yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dan antibakteria yang paling baik,” kata pasangan itu ketika ditemui di Selabak di sini.

Menurut pasangan itu, lebah kelulut hitam mudah dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi adalah antara sebab mereka mampu bertahan sejak memulakan ternakan madu kelulut sejak tahun 2015.

Katanya, 34 kotak sarang kelulut yang mereka miliki dibina sendiri dengan kos yang minimum.

“Rutin kami setiap hari membuat pemeriksaan di setiap sarang bagi memastikan sarang kelulut tidak diganggu oleh makhluk perosak seperti kumbang dan semut, selain air hujan yang boleh menjejaskan pengeluaran madu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya