SPM 2023: 20,271 calon di Pahang, lima duduki di hospital - Utusan Malaysia

SPM 2023: 20,271 calon di Pahang, lima duduki di hospital

AMZAN Abdul Malek (dua dari kiri) memberikan kata-kata semangat kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 20,271 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di 258 buah pusat di negeri ini hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Amzan Abdul Malek berkata, daripada jumlah itu, 17,250 calon membabitkan sekolah kerajaan, 832 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah agama negeri (1,231), sekolah swasta (248), persendirian (622) dan sekolah agama rakyat (88).

Katanya, seramai 169 calon berkeperluan khas membabitkan masalah pembelajaran (58), buta (dua), pelbagai (lima), pertuturan (tiga), pendengaran (tujuh), rabun (64) dan fizikal seramai 30 calon.

“Lima calon menduduki peperiksaan di hospital iaitu dua di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dan masing-masing seorang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan dan Pusat Kusta Negara di Sungai Buloh, Selangor.

“Seramai 2,184 orang petugas peperiksaan termasuk 274 orang sukarelawan peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajah Kalsom di sini hari ini.

Amzan berkata, semua calon SPM 2023 negeri ini diingatkan merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat tentang tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan.

“Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian SPM 2023,” katanya.

Jelasnya, calon juga dinasihatkan memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera jika tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan ditetapkan atau mana-mana pusat berhampiran disebabkan oleh bencana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya