PUTRAJAYA: Jemaah menteri semalam memutuskan sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak lebih terjamin dan menyeluruh. Keputusan itu dibuat selepas mendapati wujud kualiti pendidikan prasekolah yang pelbagai di seluruh negara, justeru ia harus diselaraskan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pendidikan sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan semula sistem pendidikan itu. “Kita lihat ada pendidikan prasekolah yang agak pelbagai, malah kadangkala kami terima aduan daripada…










