Rumah Ahli Parlimen Beruas dibaling bom petrol - Utusan Malaysia

Rumah Ahli Parlimen Beruas dibaling bom petrol

NGEH KOO HAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah Datuk Ngeh Koo Ham di Beruas, Perak dibaling ‘molotov cocktail’ atau bom petrol di kediaman Ahli Parlimen Beruas di Manjung  awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi tersebut, menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham.

Akibat kejadian itu, tiga kereta musnah dalam kejadian itu, termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus. Turut terbakar sebahagian ialah Honda CRV, dan Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan berkata, apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima untuk menyelesaikan perbezaan dalam masyarakat kita.

Oleh itu, menurut beliau, pihaknya meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

Menurut Anthony, awal pagi tadi, kediaman Koo Ham diserang dengan ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.

Susulan kejadian itu, katanya, pihak bomba berkejar dan sempat memadamkan api dan mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediamannya.

Kata beliau, Koo Ham telah membuat laporan polis berharap pihak berkuasa akan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah tersebut.

Mengikut maklumat semasa kejadian Koo Ham dan isterinya tidur sebelum terkejut dengan orang yang lalu lalang dan membunyikan loceng rumah untuk memaklumkan kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, meskipun berbeza politik, namun  tindakan membakar dan mengkhianati harta individu adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.

“Walau apapun perbezaan yang berlaku di dalam politik, tindakan membakar dan mengkhianati harta individu lain apalagi melibatkan risiko kehilangan nayawa adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima,” katanya sambil menyampaikan ucapan takziah kepada pemimpin DAP itu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya