Remaja dicederakan bapa pernah dirogol

Remaja dicederakan bapa pernah dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Derita seorang remaja perempuan yang dipukul dengan teruk oleh bapanya awal pagi kelmarin di Kendong di sini turut membongkar episod hitam hidupnya apabila dia turut pernah dirogol bapanya itu.

Mangsa berusia 17 tahun itu juga menyatakan dia dipukul dengan teruk disebabkan bapanya yang berusia 47 tahun tidak berpuas hati dengan tindakannya membocorkan perkara itu kepada teman wanita bapanya yang turut tinggal di rumah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, pihaknya menerima laporan mangsa dirogol dari pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah tengah malam semalam.

“Mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian bahu kanan, kiri, bahagian belakang kepala sebelah kiri, tangan sebelah kanan dan di bibir.

“Mangsa juga memberitahu doktor yang merawatnya dia pernah dirogol bapanya pada 12 November tahun lalu. Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama di bahagian himen pesakit,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Ujar Hazri lagi, mangsa yang merupakan anak pertama dari empat adik-beradik, tinggal bersama neneknya di Rantau, Seremban sejak usia empat tahun setelah ibu bapanya bercerai dan tinggal bersama bapanya itu sejak Jun 2022.

Menurutnya, pada November tahun lalu, suspek masuk ke bilik mangsa dan merogol mangsa serta memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa pun.

“Kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin (23 Januari), berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek menyebabkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika.

“Dengan bantuan teman lelaki mangsa, mereka hubungi polis dan suspek telah ditangkap. Mangsa pula dibawa ke Hospital Tampin menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum dipindahkan ke HTAN,” katanya.

Menurutnya, saksi kejadian iaitu teman wanita suspek telah tampil bagi membantu siasatan dan suspek yang mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah serta direman empat hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN