Program SSJ diperluas ke IPT, SBP - Utusan Malaysia

Program SSJ diperluas ke IPT, SBP

MOHD. FARED Mohd. Khalid (kanan) bergambar dengan ppelajar yang menyertai Majlis Anakku SPM Berselawat di Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan negeri akan memperluaskan program Semarak Subuh Johor (SSJ),  termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid dan surau secara berjemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd.Khalid berkata, tumpuan awal selepas pelancaran pada 5 Januari lalu kepada 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri.

Memandangkan SSJ telah menjadi dasar bagi kerajaan negeri, pihaknya amat menggalakkan sekiranya IPT seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut sama menjayakannya.

“Secara peribadi sebagai Exco agama saya telah merangka program bukan sahaja bersembahyang subuh tetapi bermalam di mahaad atau thafiz tertentu dan kolej-kolej.

“Saya nak mengajak  mahasiswa dan mahasiswi di IPT sama-sama terlibat kerana mereka berada di kawasan IPT yang mempunyai masjid atau surau masing-masing,” katanya selepas merasmikan Majlis  Anakku SPM Berselawat di Kolej Vokasional Tanjung Piai (KVTP) di sini malam tadi.

Program anjuran Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian itu disertai oleh 400 pelajar yang merupakan  calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran; Yang Dipertua MPPn, Ab. Razak Khalid; Pegawai Pendidikan Daerah  PPD Pontian, Abd. Rahman Salleh.

Program SSJ merupakan inisiatif Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

Program SSJ juga boleh diperluaskan ke Sekolah Berasrama Penuh  (SBP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya