Polis buru lelaki perkosa anak majikan berusia sembilan tahun - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki perkosa anak majikan berusia sembilan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki diburu polis selepas memperkosa anak majikannya sendiri berusia sembilan tahun di Jinjang dekat sini pada Disember tahun lalu.

Perbuatan suspek berusia 20-an itu berlaku tanpa pengetahuan keluarga mangsa dan bagaimanapun terbongkar selepas kanak-kanak berkenaan menceritakan kepada keluarganya pada Selasa lalu.

Menurut sumber, suspek yang bekerja dengan ibu mangsa dikatakan melakukan perbuatan itu pada pertengahan Disember tahun lalu dan hanya diketahui keluarga selepas mangsa menceritakannya baru-baru ini.

Kata sumber itu, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Sebelum Mangsa yang trauma kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang sebelum laporan polis dibuat Selasa lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Kata beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek yang melarikan diri sedang dijalankan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya