PETALING JAYA: Pesakit akan merasai kesan apabila 50 peratus bekalan ubat-ubatan untuk pelbagai penyakit yang diimport dari luar negara dijangka naik harga. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, kenaikan lima ke 10 peratus bagi setiap jenis ubat terutama pattern drug iaitu ubat yang tiada alternatif itu akan memberi kesan kepada pesakit dan waris mereka terutama di sektor swasta. “Apabila syarikat pembuatan ubat di Amerika…










