Pembukaan JPN Kalabakan mudahkan penduduk buat Mykad - Utusan Malaysia

Pembukaan JPN Kalabakan mudahkan penduduk buat Mykad

ANDI Muhammad Suryady Bandy (duduk) menyemak senarai dokumentasi yang dilakukan di JPN Kalabakan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Wanita berusia 80-an akhirnya boleh memohon mendapatkan kad pengenalan dengan pembukaan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kalabakan.

Masalah kewangan dan jarak perjalanan sehingga 90 kilometer dari Kalabakan ke bandar Tawau antara punca menyebabkan wanita tersebut menangguhkan hasrat membuat Mykad.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, beliau lega apabila isu dokumentasi penduduk dapat diselesaikan dengan pembukaan JPN Kalabakan sejak 1 Disember lalu.

Beliau berkata, sebelum ini penduduk terpaksa berbelanja RM100 atau lebih untuk kos tambang ke bandar Tawau apabila perlu berurusan di JPN mahupun di jabatan kerajaan yang lain.

Sebelum ini, penduduk yang tinggal di Serudong Laut mengambil masa empat jam menggunakan jalan darat untuk berurusan di bandar Tawau. Namun, dengan adanya JPN Kalabakan, jarak perjalanan mereka untuk berurusan mengenai dokumentasi diri kini hanya kira-kira dua jam sahaja.

“Saya menerima maklum balas positif daripada penduduk Kalabakan setelah beroperasinya pejabat JPN tersebut. Setakat ini, kira-kira 1,700 penduduk telah datang untuk berurusan di pejabat berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan itu berkata, masalah daftar lewat sijil kelahiran antara isu yang membelenggu penduduk Kalabakan sejak sekian lama.

Menurut beliau, pembukaan JPN Kalabakan akan dapat menyelesaikan masalah daftar lewat kelahiran manakala Parlimen ini mempunyai kira-kira 50,000 pendudu.

Menurut Andi, biarpun pada masa ini urusan di pejabat JPN itu dilakukan secara manual (offline) dan masih bergantung kepada JPN Tawau namun, sistem sedia akan ditambah baik secara perlahan-lahan. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×