Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 4,972

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 4,972

KEADAAN banjir di Kota Tinggi semakin positif setelah jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,763 mangsa daripada 1,034 keluarga, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 4,972 daripada 1,387 keluarga yang berlindung di 34 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 10 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 5,005 mangsa daripada 1,396 keluarga di 35 PPS yang direkodkan di enam daerah pada pukul 8 malam tadi.

Katanya, keadaan banjir di Kota Tinggi semakin positif setelah jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,763 mangsa daripada 1,034 keluarga pada pagi ini.

“Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,814 mangsa daripada 1,048 keluarga di 24 PPS yang direkodkan malam tadi.

“Keadaan banjir di Batu Pahat juga bertambah baik apabila jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 70 mangsa daripada 19 keluarga di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya