Kelantan sasar ke suku akhir Piala Emas Khir Johari

Kelantan sasar ke suku akhir Piala Emas Khir Johari

MAHIZI Mahmood.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan tekad melakukan kejutan dengan menyasarkan untuk melangkah ke suku akhir saingan Piala Emas Khir Johari yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah bermula esok.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengurusnya Mahizi Mahmood berkata, sasaran itu mampu dicapai berpandukan ramuan pemain yang dipertaruhkan dalam saingan kali ini.

“Kita membawa masuk dua pemain daripada pasukan Sukma Kelantan (Sukan Malaysia) untuk memperkuatkan Kelantan. Selain itu kita turut membawa masuk bekas pengumpan (feeder) kebangsaan iaitu Suhairi Sulaiman.

“Saya yakin dan percaya gabungan pemain lama dengan baharu ini mampu membutirkan sesuatu pada edisi kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahizi memberitahu, dia berharap seluruh barisan pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang akan diharungi sepanjang saingan.

Katanya, Kelantan nekad membuka saingan kali ini dengan langkah kanan menentang Kuala Lumpur.

“Walaupun ia bukan tugas mudah, namun kita akan berusaha memberikan siangan kepada lawan.

“Saya optimis dengan persiapan yang dijalankan sebelum ini, Kelantan Warriors mampu melakukan kejutan. Apapun, kami akan turun dengan status ‘underdog’,” ujarnya.

Saingan kali ini, Kelantan yang berada di dalam Kumpulan C akan berentap dengan Kuala Lumpur, Bomba, KPM-MSSM dan KPT-MASUM.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN