Hajat penduduk Gaza mahu sambut Ramadan secara aman - Utusan Malaysia

Hajat penduduk Gaza mahu sambut Ramadan secara aman

Kemusnahan Semenanjung Gaza akibat serangan Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sangat berharap akan berlaku gencatan senjata pusingan kedua menje­lang bulan Ramadan bagi membolehkan mereka melakukan ibadah itu dalam situasi aman.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, gencatan senjata bergantung kepada perbincangan beberapa negara di Paris, Perancis.

Menurut beliau, rancangan itu juga dikemukakan selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak kepada Palestin sebelum ini.

“Keputusan sama ada akan berlaku gencatan senjata ke­dua sebelum Ramadan di Gaza bergantung kepada mesyuarat yang berlangsung di Paris ketika ini. Mesyuarat itu melibatkan Amerika Syarikat (AS), Perancis, Mesir, Israel dan Qatar.

“Kesemua negara itu berbincang bagaimana inisiatif damai boleh dicapai antara tentera Israel dengan kumpulan pejuang Hamas, selain mencari jalan bagaimana Hamas boleh membebaskan semua tebusan dan rejim Zionis juga menghentikan serangan selama sebulan sepanjang Ramadan.

“Saya tidak boleh beritahu sama ada perkara itu akan berjaya atau tidak, namun sudah pasti kita semua berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, ICJ memerintahkan Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai dalam konfliknya di Semenanjung Ga­za, selain menggesa gencatan senjata dilakukan segera.

ICJ dalam keputusan bagi kes yang difailkan Afrika Selatan memutuskan, Israel haryus memperbaiki situasi kemanusiaan bagi orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN