Gadis cari bapa kandung untuk urusan perkahwinan - Utusan Malaysia

Gadis cari bapa kandung untuk urusan perkahwinan

NUR DIANA menunjukkan dokumen permohonan untuk berkahwin yang telah dimohon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang gadis mencari bapa kandungannya bagi membantu melancarkan urusan pernikahan yang dirancang pada Februari ini.

Nur Diana, 21 berkata bapanya Muhammad Rizal Abd Samad, 42 telah bercerai dengan ibunya Dahlia Selamat, 46 sejak usianya tujuh tahun.

Katanya sejak itu dia bersama empat lagi adik beradik lain menetap dan dibesarkan oleh ibunya.

“Ibu dan ayah bercerai pada tahun 2009 kerana sudah tidak sehaluan dimana semua adik beradik ikut tinggal bersama ibu.

“Sejak bercerai kami tidak ada jumpa ayah lagi. Difahamkan ayah masih lagi hidup hasil dari semakan rekod dari Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kami juga dimaklumkan alamat terakhir ayah menetap adalah di Felda Keratong 6 Pahang namun usaha menghubunginya gagal,” katanya ketika ditemui di sini.

Anak kedua dari lima beradik itu berkata dia sebelum ini telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lepas namun tidak tercapai.

Katanya hasrat itu terhalang ekoran bapanya yang tidak dapat dikesan dan dihubungi sehingga kini.

“Saya sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos tahun lalu. Namun terpaksa ditunda kerana memerlukan kehadiran bapa kandung.

“Sekali lagi saya dan pasangan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan depan.

“Apa yang saya harapkan bapa kandung akan dapat tampil membantu proses agar saya dapat mendirikan rumah tangga,”katanya lagi.

Tambahnya dia berharap bapa kandungannya dapat menghubunginya di talian 01125854554 bagi melancarkan urusan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya