Chenta Ameena rakyat Johor termuda saksi istiadat bersejarah - Utusan Malaysia

Chenta Ameena rakyat Johor termuda saksi istiadat bersejarah

CHENTA AMEENA NADRAH Azizul Azuwan (bayi) didukung ibunya, Farrahdiana Kamarudin semasa hadir menyaksikan keberangkatan Sultan Ibrahim di pekarangan Masjid LTAS, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Chenta Ameena Nadrah Azizul Azuwan merupakan rakyat Johor termuda yang turut bersama-sama hadir di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini bagi menyaksikan detik bersejarah keberangkatan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dinasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Ibunya, Farrahdiana Kamarudin, 38, berkata, itu merupakan pengalaman pertama dia membawa anaknya yang baharu b erusia dua bulan keluar selepas tamat tempoh berpantang, baru-baru ini.

“Saya mahu jadikan detik bersejarah ini pengalaman manis dalam hidup anak saya. Ini kerana istiadat istimewa ini merupakan kali kedua berlaku di Johor selepas kali pertama pada tahun 1984.

“Saya akan tunjukkan gambar dan ceritakan detik ini apabila anak saya sudah besar nanti,” katanya ketika ditemui di  ‘check point’ terakhir konvoi Sultan Ibrahim sebelum berlepas menuju ke Kuala Lumpur.

Chenta Ameena Nadrah merupakan antara ribuan rakyat Johor yang hadir bagi menyambut konvoi baginda. 

Mereka yang mula berkumpul seawal pukul 6 pagi turut melambai dan melaungkan ‘Daulat Tuanku’ selain mengibarkan bendera Johor ketika konvoi baginda melalui kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya