Buruh positif dadah sorok pistol dalam semak

Buruh positif dadah sorok pistol dalam semak

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) bersama pegawai menunjukkan pistol yang dirampas selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh yang positif dadah diberkas polis selepas menyorok dua pucuk pistol dalam kawasan semak dekat sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai semalam.

Dalam serbuan pukul 11 malam itu, polis turut menjumpai satu kelopak kosong dan empat butir peluru.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu pihaknya turut menahan seorang lagi rakan suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai buruh.

“Sejurus ditahan, suspek berusia 45 tahun telah membawa anggota bertugas ke lokasi dia menyimpan pistol tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan dua pucuk pistol, satu kelopak kosong dan empat butir peluru di dalam plastik berwarna hitam,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai sembilan rekod lampau berkait jenayah dan narkotik.

Katanya, sementara rakan suspek mempunyai tujuh rekod berkait jenayah dan narkotik.

“Kedua-dua suspek ditahan reman bermula hari ini sehingga 30 Januari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN